Percaya dan yakin bahawa setiap Rezeki itu pastinya hanya datang daripada Allah yang Maha Kaya.

Oleh itu, kita jangan lupa untuk mensyukuri segala nikmat yang diberikan olehnya.

Setiap orang berlainan Rezekinya. Ada yang dapat Rezeki maju dalam perniagaan tiba-tiba diuji jatuh merundum. Ada yang dapat Rezeki kerja makan gaji RM1000 sebulan dah rasa cukup sara keluarga. Namun ada juga yang gaji RM5000 masih tak cukup.

Dimana silapnya?

murah-rezeki

Disini saya kongsikan kepada kalian. Jika kita nak selalu dimurahkan Rezeki dan ada Keberkatan dari Redha Allah.

 

Jom! kita sama-sama lakukan 5 amalan ini :

 

1. BANYAKKAN BERSYUKUR.

Bersyukurlah sama ada sedang senang atau sedang susah. Kesenangan adalah hadiah dan kesusahan adalah ujian. Keduanya perlu bersabar dan bersyukur.

 

2. SENTIASA BANTU ORANG YANG MEMERLUKAN.

Teruskanlah menolong sesiapa saja tanpa pedulikan apa orang kata kepada kita. Janji niat kita ikhlas dan Allah sahaja yang tahu tanpa perlu perhatian dan pujian manusia.

 

3. RAJIN BERSEDEKAH

Ada sedikit kita kongsilah sedikit. Ada banyak, hulurlah banyak. Memberi dan Bersedekah ini lebih baik dari menerima. Amalan inilah yang akan membuka pintu-pintu Rezeki.

 

4. SENTIASA BERBUAT BAIK.

Kita jangan sama sekali menyakiti orang lain. Jaga tutur kata dan penulisan kita. Sedetik kita mengguris hati orang, boleh jadi doanya yang kecil itu dibawa naik berjumpa Tuhan.

 

5. SAYANGI DAN BAHAGIAKAN IBU BAPA.

Banyak-banyak melihat wajah ibu bapa kita selagi mereka ada. Bantu mana yang mampu dan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah walau mereka masih hidup atau telah pun pergi. Doakan kebaikan, kesihatan dan sentiasa berlembut dengan mereka walau apa yang terjadi. Mohon ampun cepat-cepat jika kita tahu silap kita.

 

Maka, berusahalah kita lunaskan satu persatu ya. Semoga bermanfaat buat kalian. Sekiranya kalian mahu lebih banyak tips serta kisah inspirasi bagaimana Allah membantu kita dalam bab Rezeki, boleh dapatkan ebook dibawah ini.

 

Sekian. Silakan Share untuk beri manfaat kepada semua. 🙂

Silakan Like & Share

Leave a Reply