1. Kos Yang Sangat Rendah

Untuk memulakan bisnes online, anda tak perlu sewa kedai dan keluarkan duit ribu-ribu untuk bayar sewa setiap bulan. Ada smartphone dan data internet anda dah boleh cari peluang buat duit di internet walaupun anda dirumah.

Tiada alasan lagi dimana nak cari jana duit, buka je Facebook ada berlambak peluang. JIka ada modal kecik boleh mula jadi ejen jual produk lain dahulu. Kalau langsung tiada modal anda boleh jadi Dropship, risiko pun taklah berat sangat.

JIka anda masih zero, anda perlulah belajar cara nak cari pelanggan di Internet dengan mudah. Mungkin ada sedikit kos seperti kelas untuk belajar, tambah ilmu dari buku panduan yang berkaitan dan seumpamanya.

Tapi bayangkan dengan kos sedikit itu anda boleh pasarkan perniagaan internet kepada ratusan juta manusia!

2. Bisnes Yang Tiada Waktu Rehat

Bisnes membuka pintu besar untuk berniaga selama 24 jam sehari tanpa henti. Semuanya dapat dilakukan dengan adanya sistem automasi di dunia internet dalam menjalankan transaksi perniagaan.

Jika anda menjual produk fizikal mungkin perlu COD/Pos barang pelanggan anda. Tetapi jika produk yang semuanya berasaskan digital, anda tak perlu buat apa-apa lagi untuk biarkan perniagaan berjalan sepanjang hari sepanjang tahun.

Categories: Tip

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *