Bagi anda usahawan yang baru bermula mungkin anda tertanya-tanya apa itu Facebook Ads kan?

Ok. Secara ringkasnya, Facebook Ads adalah iklan berbayar. Nak buat Facebook Ads ni anda perlu sediakan kos pemasaran secukupnya.

Fungsi Facebook Ads ini adalah untuk mendapatkan pelanggan ideal anda, pelanggan yang dah sediakan duit ditangan untuk membeli produk atau memerlukan servis anda.

Contoh : Anda jual produk Skincare, semestinya anda nak fokus kepada wanita yang mengalami masalah dengan jeragat dan ingin wajah nampak cantik sepanjang masa.

Orait! Dibawah ni ada 7 sebab kenapa Usahawan zaman sekarang perlu gunakan Facebook Ads sebagai medium pemasaran yang penting.

#1. PASARAN MALAYSIA YANG SEMAKIN MEMBESAR!

Tahukah anda, pengguna Facebook di Malaysia kini semakin meningkat?

Pada tahun 2019, satu pusat pengumpulan data melaporkan bahawa Malaysia berada di Ranking ke-9 sebagai negara yang memiliki ramai pengguna Facebook dengan jumlah 25, 070, 000 pengguna pada tahun 2019.

Lihat gambar dibawah potensi tinggi untuk anda dapatkan pelanggan anda di Facebook sangat mudah jika anda dah mahir menggunakan Facebook Ads.

#2. KEMBANGKAN BISNES KE PERINGKAT GLOBAL

Menurut Survey dari pihak http://www.internetworldstats.com terdapat seramai lebih 2 juta pengguna Facebook pada 1 Jun 2019.

Disini anda berpotensi lebih luas lagi memasarkan Produk anda ke luar negara. Ada lebih 2.375 billion pengguna Facebook di seluruh dunia.

Dah ramai sebenarnya usahawan Malaysia yang dah berjaya tembus ke pasaran Global. Manatahu selepas ini anda pula bakal menyusul kan?

#3. KOS PENGIKLANAN MURAH

Jika anda tanya mana-mana usahawan yang dah mahir menggunakan Facebook Ads. Facebook Ads adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan.

KOs iklan boleh mencapai serendah USD 0.01 (RM0.03) sahaja untuk setiap klik atau paparan di Facebook.

Jika dibandingkan dengan pengiklanan lain seperti Google Ads, Banner Blog, Facebook Ads memang menjadi pilihan.

Jenis pengiklanan Offline seperti Kad Bisnes, Banner, Bunting, Flyers, Papantanda, Billboard memerlukan kos yang tinggi.

#4. FOKUS PELANGGAN YANG BERKUALITI.

Ya, ini antara yang paling best! Anda boleh iklankan produk/servis anda kepada prospek berdasarkan umur mereka, jantina, kelayakan mereka, kawasan tempat tinggal mereka, minat mereka, status perkahwinan mereka dan banyak lagi! 

Pilih prospek ikut kesesuaian dengan produk/servis yang ingin anda promosikan!

#5. PEMASARAN VIRAL

Iklan anda bukan saja diterima oleh target market anda, namun ianya akan tersebar secara VIRAL.

Anda promosikan Produk/Servis anda kepada 10 orang, tapi anda akan dapat lebih ramai pelanggan hasil dari iklan viral tersebut.

Dari VIRAL ini juga akan membantu menjimatkan kos pemasaran anda dan meningkatkan lagi keuntungan anda berkali-ganda.

#6. RAMAI MASIH GEMAR MEMBELI BARANG DI FACEBOOK

Ini bukan auta, tapi fakta! Majoriti mereka yang berumur 18-34 tahun gemar membeli barang yang diiklankan di Facebook.

Mereka suka membeli produk seperti pakaian, gajet, permainan, kek dan macam-macam lagi dari iklan yang mereka nampak di Facebook.

Jika anda tidak mengambil peluang ini, anda memang rugi. Lubuk dapatkan pelanggan paling mudah dan pantas adalah dari Facebook.

#7. MUDAH DAN PANTAS MENDAPAT RIBUAN PELANGGAN

Inilah yang paling disukai ramai Usahawan, ianya PANTAS! Anda boleh cipta iklan anda dan “Publish”nya dalam masa yang singkat!

Dan anda juga boleh mendapat beribu-ribu pelawat ke web jualan anda dalam masa 1-2 jam sahaja! Inilah yang ramai otai-otai sendiri sudah laluinya! 

Menyeronokkan lagi, apabila web jualan anda dilawati oleh ribuan orang dalam masa yang singkat jumlah sales anda jugak mencanak-canak naik, stok produk pun terus licin.

Kredit : Sifu Ash

Sekian dan silakan share jika bermanfaat. 🙂

facebook-ads

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *