Fungsi Catalog ini merupakan updated terbaru dalam sistem Whatsapp Business untuk memudahkan kerja menyusun senarai produk dan mempercepatkan urusan anda dengan pelanggan.

Catalog hanya ada di Aplikasi Whatsapp Business. Whatsapp biasa tiada okeyy. So.. kalau serius nak buat bisnes, gunakanlah sebaiknya Whatsapp Business.. hehe

JIka anda belum install Whatsapp Business, anda boleh download secara Percuma di Playstore atau Appstore..

Ok! Selepas anda dah install Whatsapp Business, Jom! Mulakan sekarang! Follow step dibawah..

Pilih Business Settings

Pilih Catalog


catalog-whatsapp-business
  1. Add Images : Anda boleh masukkan 10 gambar produk anda dalam satu katalog,
  2. Product or Service Name : Letak nama Produk atau servis yang berkaitan dengan bisnes anda,
  3. Price MYR (Optional) : Letak harga produk atau servis anda,
  4. Description : Berikan keterangan tentang produk atau servis anda,
  5. Link : Anda boleh letakkan link web jualan anda (Jika ada)
  6. Product or service code : Jika produk anda kod anda boleh diruang tersebut, jika tiada boleh abaikan.

7. Dah siap semua klik SAVE

whatsapp-catalog

8. Ok! Katalog Produk anda dah siap!

9. Jika anda ada banyak Produk, anda boleh tambah katalog. Klik je ikon (+) dan buat cara yang sama..

Dibawah ni contoh jika ada pelanggan nak order produk yang anda jual..

Klik ikon Catalog

10. Sekarang anda dah tak perlu taip benda yang sama ulang-ulang.

11. Klik Produk dan tekan send terus kepada pelanggan anda. 🙂

Pelanggan akan terima detail tentang produk anda, semoga mereka baca dan faham tanpa tanya lagi dan terus membeli 🙂

Sekian cara setup Catalog Produk di Whatsapp Business, Semoga perkongsian ini dapat membantu serba sedikit untuk bisnes anda.

Jika ada soalan atau kekurangan silakan komen. Jika bermanfaat silakan tekan butang share supaya rakan lain dapat belajar sama-sama dan maju bersama. 🙂

facebook-ads-free
Silakan Like & Share

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *