whatsapp-business

Pentingnya anda perlu setup profail bisnes anda dalam Whatsapp Business untuk membina TRUST kepada bakal pelanggan anda.

Orang akan Stalk status Profail bisnes kita dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli produk/servis yang ditawarkan.

Bila orang dah percaya maka mudahlah anda mendapat jualan. Benda ni nampak remeh dan ramai orang bisnes terlepas pandang.

Sebab tu tujuan Facebook cipta Whatsapp Business ni khas untuk orang Bisnes.

Bila anda setup profail anda cantik-cantik. Bisnes anda juga akan nampak Like A Pro walaupun anda Newbie atau hanya Dropship.

Jangan rasa rendah diri, anda juga boleh jadi Pro suatu hari kelak! InshaAllah..

Baiklah.. Jom kita mulakan sekarang!

Pilih Business Settings

whatsapp-business

  1. Profile Image : Letak GAMBAR atau LOGO Bisnes anda,
  2. Name Business : Letak NAMA bisnes/Syarikat/kedai anda,
  3. No. Contact : Letak NOMBOR TELEFON bisnes anda untuk pelanggan terus hubungi anda,
  4. Business Address : Anda boleh letak alamat bisnes anda untuk mudahkan pelanggan datang ke premis/kedai anda melalui ‘Google Map’,
  5. Category : Anda boleh pilih kategori yang disenaraikan mengikut jenis/nichie bisnes anda, Contoh saya pilih ‘Education‘,
whatsapp-marketing-for-business

6. Description : Anda beri keterangan ringkas tentang bisnes yang anda jalankan. Contoh bisnes Carwash : “Kami menyediakan servis cuci kereta sehingga berkilat dengan harga yang sangat berpatutan“.

7. Business Hour : Anda boleh set jadual masa operasi bisnes anda untuk berurusan dengan pelanggan anda. Takkan kita nak layan wasap 24jam kan?

8. Email : Anda boleh letakkan email khas untuk bisnes anda, jangan campur aduk dengan personal.

9. Website : Jika bisnes anda ada Website anda boleh letakkan, jika tiada anda boleh kosongkan sahaja.

Orait! Bila siap isi semua maklumat bisnes anda, anda klik SAVE dibucu kanan atas dan SIAP! Mudah je kan..?

Sekian sharing ringkas saya kali ini, selamat mencuba!

Silakan share jika bermanfaat. Salam kejayaan untuk anda!

facebook-ads-free

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *