Apa beza Menjemput Rezeki dan Mencari Rezeki?

Mencari Rezeki..

Kita berusaha kerja kuat, selagi mampu untuk cari rezeki tu. Kita tak tahu dimana nak cari, kita usaha asal dapat sampailah kita rasa penat.

Jadi bagaimana cara untuk menjemput rezeki?

murah-jemput-rezeki

“Rezeki ini kita perlu jemput baik-baik masuk ke dalam rumah. Kalau tak, ia memang takkan masuk.”

 

Ini antara benda yang saya belajar dari satu ebook 21 Cerita Murah Rezeki ini. Contohnya, bila kita balik dari kerja (mencari rezeki) dan kita nak bawa balik ke rumah rezeki tersebut.

 

Bayangkan dah elok sampai depan pintu rumah, anak-anak menyambut kita dengan kecoh sana kecoh sini. Mereka seronok tengok kita dah balik rumah, biasalah budak-budak. Namun kita pula marah mereka suruh mereka jangan ganggu kita yang penat seharian kerja.

 

Cara itu salah.! Boleh saja kita peluk mereka kejap 2-3 minit, cium seorang demi seorang dan kemudian mereka akan sambung bermain. Itulah anak-anak kecik mereka sentiasa nak seronok.

 

Kita yang matang, kena ubah fikiran. Penat dan lelah takkan habis selagi kita hidup.

 

Bayangkan Rezeki dah nak ikut kita masuk, kita pergi halang dengan perbuatan marah dan meluah-luah rasa penat kepada anak-anak yang tak ada dosa.

 

Rezeki pun lari. Sebab itu kadang kita nak buat sesuatu tak menjadi. Nak buat itu nak buat ini ada sahaja yang tak kena.

 

Cek diri, cek hati, cek perbuatan. Semua kena cek. Ebook 21 Cerita Murah Rezeki ini memang banyak memberi pengajaran yang bermakna.

 

Syukur dapat baca cerita-cerita begini daripada baca gosip dilaman sosial sibuk judge hidup orang yang tak beri manfaat kepada kita.

 

Sekurangnya kita masih boleh semak apa yang berlaku dalam diri kita dan mana yang boleh di perbaiki.

 

Apapun, jika kita dah berusaha seterusnya serahkan segalanya kepada Allah. Dia pasti akan berikan yang terbaik dan pada masa yang tepat.

 

Menjemput Rezeki lebih mudah daripada Mencari Rezeki.

 

Semoga bermanfaat. Wallahua’lam

Silakan Like & Share

Leave a Reply