Ramai antara kita sedang menghadapi kesukaran diberi pelbagai ujian dalam hidup. Dah buat macam-macam usaha itu ini, berhempas pulas demi untuk menyara hidup keluarga. Rasa nak putus asa pun ada.

 

Bertabahlah.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Usah berhenti berusaha. Yakin Allah dah tetapkan Rezeki masing-masing. Mohon pada Allah sahaja bukan bergantung pada Manusia. InshaAllah, pasti ada jalan.

 

Mungkin juga ada sesuatu yang membuatkan pintu rezeki kita belum terbuka. Tanpa kita sedari, banyak yang perlu kita belajar dan perbaiki dalam amalan harian kita. Kita hanya manusia biasa yang selalu membuat kesilapan.

Disini saya kongsikan kenapa orang kaya semakin kaya dan Bahagia. Rupanya mereka ada rutin yang hebat dan tersusun.

 

Bab kebersihan, bab rumah, bab dalam setiap sudut dan ruang semua diambil kira supaya senangnya rezeki nak masuk.

 

Kita tak perhati teliti bab ini. Kita tahu balik rumah terbongkang depan tv dan mulalah asyik dengan filem atau drama.

 

Solat jadi terlewat, makan dah terhidang pun kita culas, biar sejuk dan akhirnya jadi tak sedap.

 

Orang kaya, berusaha semuanya dengan tersusun. Waktu makan, mereka raikan rezeki tersebut ramai-ramai. Nasi masih berasap, lauk masih keluarkan wap, semuanya makan dan sibuk bersembang.

 

Sekarang saya dah tahu dan saya kena buat semua itu supaya banyaknya rezeki masuk dan tak putus-putus.

 

Benarlah, kalau rezeki sedikit pun kita tak hargai, macam mana Allah nak beri rezeki yang banyak kepada kita kan?

 

Kalau nak tahu banyak lagi cerita tentang orang yang Allah murahkan rezeki ini, baca ebook 21 Cerita Murah Rezeki ini, ada lebih 60 muka surat siap ada 5 teknik mudah membuka pintu rezeki.

 

Semoga bermanfaat buat kalian 🙂

Silakan Like & Share

Leave a Reply